Tuesday, January 12, 2010

Pengenalan

Apakah Score A Programme™ (SAP)?
Score A Programme™ adalah satu kaedah Pembelajaran Output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu para pelajar untuk lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar untuk 'mengeluarkan' dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah (Pembelajaran Input) melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.

Kaedah Pembelajaran Output Tradisional (contoh: Buku)

1)Kena periksa jawapan sendiri (hampir mustahail bagi ibubapa yang bekerja)
2)Tidak boleh mengulang soalan
3)Tiada pemantauan masa (sistem SAP akan memantau masa untuk anda)
4)Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar
5)Tidak Interaktif (kurang daya tarikan - pelajar cepat merasa bosan)

Apakah Pembelajaran Input?
Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu mengamalkan Pembelajaran Output.

Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.webucation2u.net/


No comments:

Post a Comment